Suatu ketika Rasulullah S.A.W dalam perjalanan untuk menunaikan solat lalu baginda S.A.W ternampak satu kumpulan orang yang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasulullah S.A.W bersabda " Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadan yang saya lihat ini"
"Oleh itu perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur menyeru " Aku ialah kubur kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan ulat-ulat ".
Apabila seorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur, maka kubur akan berkata " Kedatangan kamu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku "
Selepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian daripada syurga secara berterusan.
Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur itu akan berkata " Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat teruk kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di muka bumi ini engkaulah yang paling aku benci. Hari ini kau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku "
Selepas itu kubur akan menghimpit sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. kemudian tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tertinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut sehingga kiamat. Selepas itu Rasulullah S.A.W bersabda " Kubur merupakan satu kebun daripada kebun2 syurga ataupun satu lembah daripada lembah-lembah neraka (Misykat) "

About Unknown
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
0 comments :
Post a Comment