Penyanyi Haiza Melahirkan Anak Setelah 5 Tahun Kahwin
Penyanyi Haiza selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Pakar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari Ahad semalam.Bayi seberat 3.07 kilogram itu lahir secara normal kira-kira pukul 8.37 malam dan diberikan nama Nur Iman Syafie (cahaya keimanan).
Wajah anak pasangan ini tidak dapat dirakamkan kerana masih dalam rawatan susulan di wad berasingan oleh pihak hospital.Sementara Haiza berkata, dia amat bersyukur kerana selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya Allah mengurniakan zuriat buat mereka selepas puas berusaha.
0 comments :
Post a Comment