” Arthur’s Day refers to a series of music events which were first organised in 2009 to celebrate the 250th anniversary of the Guinness brewing company by its owner Diageo plc, using Freud Communications as public relations co-ordinators. ” (sumber Wikipedia)Dalam bahasa mudahnya, Arthur’s Day adalah hari memperingati ulang tahun syarikat arak Guinness.
Dan seperti biasa, akan adalah disko di sini yang mengadakan konsert sempena ulang tahun itu.Pada 28 September ini, ia akan diadakan di SouledOut Hartamas.Pelbagai acara hiburan akan dipertontonkan kepada pengunjung kelab berkenaan.Yang sedihnya, dua artis terkenal kita iaitu Ning Baizura dan Mizz Nina pun akan membuat persembahan sempena majlis tersebut.
Sebagai seorang Muslim, kita tertanya-tanya juga kenapa mereka berdua bersetuju untuk sama-sama meraikan, malah menghiburkan majlis yang terang-terang menggalakkan penggunaan alkohol kepada pengunjungnya itu.Malah Mizz Nina sendiri bukanlah pertama kali menyertainya.Ke mereka ingat alkohol dan nyanyian adalah dua benda berbeza atau macam mana?mungkinkah ‘imbuhan’ yang diterima adalah segala-galanya?Ye, kita mungkin tak layak menghukum mereka cuma kita bimbang mereka yang ‘menghukum’ diri mereka sendiri
sumber diatas dipetik dari mynewhub.pada pandangan admin pula kita jangan beranggapan ia perkara kecil arak ialah raja kejahatan.jika kita tidak cegahnya dari awal tidak mustahil kita semua akan menerima bala dari Maha Pencipta bagaimana untuk mencegahnya?sebenarnya islam tidak mengharamkan hiburan tetapi janganlah keterlaluan sebagai renungan untuk kita semua fahamkan maksud hadis dibawah
Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Oleh Muslim).
0 comments :
Post a Comment