Google Enggan Padam Video Anti Islam
WASHINGTON: Google enggan memenuhi permintaan Rumah Putih untuk mengeluarkan klip anti-Islam di Youtube, tetapi akan menyekat akses dari beberapa negara.Rumah Putih berkata, ia telah meminta YouTube untuk mengkaji semula sama ada video itu melanggar syarat penggunaan. Google adalah pemilik YouTube, laman web perkongsian video.
YouTube dalam kenyataan berkata, video itu boleh didapati melalui laman webnya dan “tidak melanggar peraturan kami maka ia kekal dalam YouTube.”Filem pendek bertajuk Innocence of Muslims menghina Islam dan Rasulullah. Ia menyebabkan keganasan ke atas Kedutaan Amerika Syarikat dan beberapa negara di Timur Tengah.
Video itu turut dipersalahkan atas keganasan di Libya di mana duta AS dan tiga pegawainya terbunuh walaupun sebab utama serangan itu masih disiasat.YouTube menghalang akses klip video itu di Libya dan Mesir dengan sebab “situasi sensitif” di dua negara itu.
YouTube turut menghalang akses di India dan Indonesia selepas kerajaan negara terbabit memberitahu Youtube, ia melanggar undang-undang mereka. - Agensi
0 comments :
Post a Comment