Doktor Sanggup Beli Suami Orang


Dr.Tan Lea Khim, Lee Boon Pin dan Gan Hui Fern
Demi cinta, apa saja sanggup dilakukan. Begitu juga yang dilakukan oleh seorang doktor yang berasal dari Singapura ini. Dr Tan Lea Khim (51) bersedia mengeluarkan  $297.000  untuk ‘membeli’ seorang lelaki dari isterinya. Tetapi isteri lelaki tersebut, Gan Hui Fern (33), tidak mau melepaskan suaminya, Lee Boon Pin (56) dan menganggap wang tersebut hanya sebagai satu pemberian. Kerana pembelian itu tak diterima Dr Tan pun menyaman Gan Hui.

Sebagai saksi di pengadilan, Gan yang merupakan pengurus audit menceritakan usaha-usaha Dr Tan yang ingin mengambil Lee Boon daripadanya. Pada satu waktu, Dr Tan dikatakan pernah memohon kepada ibu Lee Boon untuk memujuk anaknya itu agar menjadikannya sebagai isteri. Bahkan, Dr Tan juga berusaha mengambil perhatian ibu Lee Boon, dengan membelikannya rumah bertingkat berharga $180.000 .

Satu kejadian berlaku pada  September 2007 yang diceritakan . Lee Boon lambat balik untuk makan malam. Ibu mertuanya dan Dr Tan ketika itu juga sedang berada di rumahnya. Dia merasa pelik kenapa suaminya mendengar kata Dr Tan yang menegurnya lambat balik.Dr.Tan Lea Khim, Lee Boon Pin dan Gan Hui FernDr Tan juga bertanya  kepadanya kenapa wanita semuda dan secantik dirinya sanggup berkahwin dengan Lee Boon yang 20 tahun lebih tua. Dr Tan mengatakan dirinya lebih sesuai dengan suaminya jika dibandingkan Gan dari segi umur.

Gan pun menangis dan mengemasi barang-barangnya untuk pergi. Suaminya mencegahnya dan mengatakan, Dr Tan memang baik untuk seorang teman tetapi bukan sebagai seorang isteri.Hakim Chan Seng Onn menganggap hal ini sebagai kes yang aneh. Dia bertanya pada Gan apakah dia pernah melihat suaminya berhubungan lebih jauh dengan Dr Tan, Gan menjawab dirinya pernah sekali melihat suaminya memeluk Dr Tan semata-mata untuk menghiburkannya

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment