GEORGETOWN: Berang dengan teguran kerana membawa pulang teman wanita ke rumah, seorang cucu lelaki sanggup bertindak ‘samseng’ apabila mengugut mahu membunuh datuknya di sebuah rumah di Sungai Dua, Gelugor di sini, pagi Selasa lalu.
Kejadian berlaku jam 2.30 pagi apabila suspek berusia 24 tahun pulang ke rumah keluarganya bersama teman wanita berusia 20-an sebelum disedari datuknya berusia 71 tahun turut tinggal di rumah berkenaan.
Jurucakap polis berkata, berlaku pertengkaran kecil antara datuk dan cucu lelakinya sehingga menyebabkan suasana kecoh.Katanya, pertengkaran itu menyebabkan ibu suspek campur tangan dan masing-masing menyalahkan satu sama lain sebelum suspek mengancam membunuh datuknya.
“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Taman Desa Permai Indah, Sungai Dua, jam 4.05 pagi dan sepasukan anggota polis menahan suspek di rumahnya,” katanya
0 comments :
Post a Comment