Wanita Yang Menjadi Magsa R*gol Kemungkinan Dikenakan Hukuman Sebat

Aceh: Seorang wanita tempatan mungkin berdepan hukuman sebat dengan rotan walaupun dia sebenarnya menjadi mangsa rogol beramai-ramai di rumahnya di Langsa minggu lalu.Pengarah Agensi Syariah Islam Langsa, Ibrahim Latif berkata, wanita berusia 25 tahun itu boleh disebat jika siasatan pihak berkuasa mendapati dia dan pasangan lelakinya melanggar kanun undang-undang syariah Aceh.

“Wanita terbabit disyaki berdua-duaan dengan seorang lelaki sebelum dirogol beramai-ramai,” katanya.Wilayah Aceh melaksanakan undang-undang syariah yang menetapkan peraturan dan hukuman bagi mengawal tingkah laku manusia menurut Islam.

Ia bukan saja dikenakan ke atas Muslim di Acheh malah dikuatkuasakan ke atas individu bukan Islam.Menurut kanun berkenaan, pesalah khalwat boleh dirotan antara tiga hingga sembilan kali atau denda antara Rp2.5 juta (RM700) hingga Rp10 juta (RM2,800).

Bagaimanapun ia menimbulkan tanda tanya kerana kanun berkenaan tidak menyediakan hukuman bagi kesalahan merogol.Setakat ini Aceh hanya mempunyai empat kanun - membabitkan hal ehwal agama, pemujaan dan simbol-simbol agama; khamar (arak) dan maisir (judi), serta berkhalwat.

Ibrahim berkata, disebabkan undang-undang sedia ada tidak memperuntukkan hukuman bagi kesalahan rogol, pesalah akan dikenakan tindakan menurut akta jenayah.Wanita itu dilaporkan dirogol bergilir-gilir kira-kira jam 1 pagi pada 1 Mei lalu.

Mereka diintip sembilan penduduk kampung yang kemudian menyerbu dan mengikat lelaki terbabit sebelum dikurung di dalam almari.Wanita itu kemudian dirogol bergilir-gilir sebelum diserah kepada ketua kampung untuk dikenakan tindakan.Tiga suspek ditahan polis kemudian, manakala enam yang lain masih diburu.- Agensi

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment