KES 1 Seorang lelaki menyimpan mayat ibunya di dalam peti sejuk selama tiga tahun supaya dia dapat menerima bantuan kewangan yang dikhaskan untuk wanita itu.Dia bagaimanapun membunuh diri apabila pihak berkuasa datang untuk melakukan penyiasatan.
Jon Whiteford menembak kepalanya pada 29 Mac lalu di hadapan Timbalan Syerif Daerah Pulaski yang tiba di kediamannya di Science Hill untuk menyiasat kehilangan ibunya.Mayat Faye Whiteford yang sudah reput ditemui kira-kira sebulan kemudian di sebuah rumah tinggal di daerah Wayne.Bedah siasat yang dijalankan mendapati wanita itu meninggal dunia secara normal pada usia 96 tahun pada 2011.
Rakan Faye, Al Fied memberitahu, Jon memang bergantung sepenuhnya kepada ibunya dari segi kewangan dan masih tidak dapat menerima kematian wanita berkenaan.“Jon sebenarnya seorang lelaki baik.Ini mungkin satu-satunya kesilapan yang dilakukan,” katanya.
Pejabat Syerif Pulaski berkata, polis memulakan siasatan mengenai kehilangan wanita itu Februari lalu.Pejabat Penyiasatan Awam menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk membuat pemeriksaan kebajikan kerana wanita itu tidak membuat sebarang tuntutan perubatan dalam masa tiga tahun.Pada masa sama, Jon pergi ke pejabat kebajikan untuk mengambil bantuan kewangan bagi kegunaannya sendiri, lapor media tempatan semalam.
Dalam temu bual dengan pegawai kebajikan, dia mengaku ibunya sudah mati tetapi tidak mengetahui sebabnya dan lokasi mayat itu berada.Dia juga mengaku hidup merempat sedangkan dia menceroboh rumah kosong di sebelah kediamannya, menggunakan bantuan kewangan dari jabatan kebajikan dan menyimpan mayat ibunya dalam sebuah peti sejuk besar.
Syerif Pulaski, Leftenan Brett Whitaker memberitahu media tempatan: “Jon menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk sejak 2011 hingga sekitar Krismas pada 2013 ketika dia dipaksa keluar dari kediamannya.” KES 2 Florida: Seorang kaki botol mengamuk dan merosakkan kediaman ibunya kerana bosan dimarahi gara-gara gemar merokok di bilik dan selalu mabuk.
Paul Rossi didakwa memecahkan kabinet dapur, membuang televisyen ke dalam kolam renang dan memecahkan tingkap kediaman ibunya di Port St.
Lucie kelmarin.
Media semalam melaporkan, ibu Rossi menghubungi polis dan meminta agar anaknya itu dipenjarakan.“Dia seorang pemabuk dan memang patut dipenjarakan.“Saya tidak kisah sama ada dia mabuk atau tidak tetapi dia membaling barang ke arah saya,” katanya.
Wanita itu memberitahu, anak lelakinya yang mengalami kemurungan dan ketagihan alkohol, baru pulang dari parti pada tengahari hari kejadian.Rossi mula bertindak ganas apabila wanita itu menasihatinya agar menghentikan tabiat mabuk dan merokok yang terlalu banyak.“Dia naik ke bilik dan menghempas pintu.
Dia juga merokok diatas katil dan saya memang melarang dia daripada melakukan perkara itu.Jadi, saya mengambil bekas abu rokok dan meletakkannya di luar sebelum merampas rokoknya dan dia mengatakan saya menyerangnya,” katanya.
Rossi membaling makan di seluruh rumah, menterbalikkan perabot dan mencampak barangan rumah di laman belakang, kata ibunya.Operator kecemasan yang dihubunginya mengarahkan agar wanita itu melarikan diri dari situ.Namun ketika dia menaiki kenderaan untuk meninggalkan rumah, Rossi mengekorinya.
Ketika anaknya memukul kereta itu menggunakan batang kayu, wanita itu berjaya memandu keluar dan meninggalkan rumah.Rossi mengejar kereta ibunya sambil ketawa.Dia akhirnya mengalah lalu pulang ke rumah dan mula merosakkan peti surat di laman rumahnya.Polis menahan Rossi di tempat kejadian dan ibunya tidak mengalami sebarang kecederaan.
- Agensi
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment