Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinya  berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya. Jika anda  berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya  peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas.
Lelaki ingin cari wanita yang menarik
Definisi wanita yang menarik adalah berbeza bagi setiap lelaki. Namun,  mereka sentiasa mencari wanita yang menarik di mata mereka untuk di  jadikan pasangan.
Lelaki ingin cari wanita yang cantik di mata mereka
Lelaki sentiasa mahukan wanita cantik dalam hidup mereka. Namun, cantik juga adalah perkara yang subjektif dan  berbeza pendapatnya bagi setiap lelaki. Jika ada lelaki memilih anda  jadi temannya, percayalah anda adalah wanita tercantik di mata dia.
Lelaki ingin cari wanita yang setia
Lelaki sentiasa berimpikan memiliki seorang wanita yang setia. Bagi  mereka, wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan  berada di samping mereka ketika susah dan senang.
Lelaki ingin cari wanita yang yakin pada dirinya
Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya. Bagi seorang lelaki, kepercayaan dan  keyakinan dari wanita yang mencintainya adalah penting. Bagi mereka,  wanita yang yakin pada diri mereka akan membuatkan mereka lebih  semangat.
Lelaki suka wanita yang berfikiran terbuka
Sekarang adalah zaman moden dan  berfikiran terbuka antara kriteria yang di cari oleh lelaki zaman  sekarang. Bagi mereka, wanita yang berfikiran terbuka lebih senang untuk  di jaga dan di belai.
sumber:bulanpurnama89

0 comments :
Post a Comment