Seorang lelaki ditangkap dan didakwa menggodam akaun e-mel serta Facebook bekas temanwanitanya dengan tujuan untuk mengugut mangsa supaya melakukan hubungan seks dengannya.Polis dalam satu kenyataan memberitahu, Joewell Santos Chan, 28, telah menukar kata laluan mangsa dan meminta habuan seks sebagai pertukaran untuk kata laluan baharu tersebut.
Lelaki itu ditangkap pada minggu lalu dalam satu operasi polis selepas mangsa membuat aduan. Mangsa berpisah dengan Chan pada tahun lalu. "Suspek meminta seks sebagai pertukaran untuk kata laluan mangsa. Ketika itu, mangsa membuat aduan polis kerana bimbang dia akan terus ditipu oleh suspek," kata kenyataan pihak berkuasa.
Polis yang tidak mendedahkan usia mangsa, menyatakan mereka menemui beberapa mesej ugutan yang dihantar ke telefon bimbitnya. Beberapa gambar mangsa dalam keadaan memalukan yang dirakamkan ketika dia tidak sedarkan diri turut ditemui. Ekoran penangkapannya, Chan didakwa kerana menggodam dan melakukan penderaan terhadap wanita. Menurut polis, dia boleh dipenjara selama enam tahun jika didapati bersalah berhubung tuduhan tersebut.
0 comments :
Post a Comment