Kontraktor Didakwa Rogol Budak 7 Tahun Anak Kekasihnya


AMPANG: Seorang subkontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas dua tuduhan merogol dan meliwat anak kepada teman wanitanya, iaitu kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun antara Februari hingga September lalu.Bagaimanapun, tertuduh, Nazarul Rizman Mohd Nor, 30, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan apabila pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama, Nazarul Rizman didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabie iaitu dengan memasukkan kemaluan ke dalam dubur mangsa.Perbuatan itu dilakukan antara Februari hingga 21 September 2012 jam 8 pagi di sebuah apartmen di Taman Bukit Indah, Ampang. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh pada masa dan tempat sama didakwa merogol kanak-kanak sama dan didakwa mengikut seksyen 376 (2) (C) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara mandatori maksimum 30 tahun yang juga boleh dikenakan hukuman rotan jika sabit kesalahan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzi, meminta mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana jenayah yang dilakukannya berat dan dikhuatiri mengganggu mangsa.Hakim Manira Mohd Nor membenarkan permohonan itu dan menetapkan 31 Oktober sebagai sebutan semula.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment