Gadis Trauma Lelaki Buka Zip Seluar


ARAU: Seorang gadis yang bekerja di sebuah kedai runcit 24 jam, trauma selepas mendakwa diserang secara seksual oleh seorang lelaki yang tiba-tiba menunjukkan kemaluannya dalam kedai berkenaan di Jejawi, dekat sini, kelmarin.Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa yang juga juruwang tidak mengesyaki apa-apa ketika lelaki itu masuk kedai.

Selepas mengambil beberapa barangan dan membayarnya di kaunter, suspek yang berusia 30-an membuka zip seluarnya sebelum menunjukkan kemaluannya kepada gadis berkenaan.Sumber berkata, mangsa berusia 20-an berkenaan yang bekerja seorang diri terkejut dengan tindakan lelaki terbabit lalu menjerit.


Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, selepas kejadian itu, suspek beredar dari kedai sambil tersenyum.“Aksi suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan dan wajah suspek dicam mangsa,” katanya.



About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment