YB ‘Gila Kuasa’ Larang Kumpulan Sukarelawan Beri Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di kelantan

Di saat berpuluh-puluh ribu mangsa banjir masih bergelut dengan situasi sukar, masih ada lagi pihak yang terlalu memikirkan kepentingan diri sehingga sanggup menyekat usaha orang lain dalam menghulurkan bantuan.

Menerusi satu laporan polis yang disiarkan menerusi Facebook Raja Shamri, seorang sukarelawan telah mengadu mengenai tindakan individu yang mengaku dirinya sebagai Yang Berhormat (YB) di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan.Menurutnya, YB itu mempersoalkan tujuan kedatangan kumpulan sukarelawan itu sedangkan mereka datang untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk di kawasan itu.
http://i0.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/01/aduan-1.jpg

YB itu kemudiannya memberitahu si pengadu dan rakan-rakannya tidak mempunyai hak untuk menyalurkan bantuan kecuali melaluinya atau penghulu kampung itu.Sikap individu tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kumpulan sukarelawan itu sehingga menyebabkan mereka membuat laporan polis.

Pada hemat kami, YB tersebut mungkin bimbang usahanya untuk mencipta nama menerusi program bantuan kepada penduduk di situ akan terjejas dengan kehadiran ‘orang luar’.Aduhai…waktu-waktu macam ni pun ada juga yang nak tunjuk perangai ‘gila kuasa’!

Semoga kejadian seumpama ini tidak melemahkan semangat para sukarelawan kita kerana apa yang dinilai oleh-Nya ialah keikhlasan dalam membantu para mangsa. - MYNEWSHUB.CC

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment