Melaka:
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) memberi kelonggaran kepada
syarikat atau perniagaan di Kelantan, Terengganu dan Pahang, yang
terjejas teruk dengan bencana banjir untuk membuat pendaftaran cukai
perniagaan dan barangan (GST) selepas tarikh tutup yang ditetapkan,
semalam (31 Disember 2014).
Ketua Pengarah KDRM Datuk Seri
Khazali Ahmad berkata, syarikat atau premis perniagaan di tiga negeri
itu diberi tempoh lanjutan selama sebulan dan akan berakhir 31 Januari
depan.
“Disebabkan bencana banjir yang teruk di tiga negeri ini,
mereka diberi tempoh lanjutan untuk membuat pendaftaran selepas terputus
hubungan sumber tenaga di kawasan terbabit,” katanya.
Beliau
berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas
Penguasa Kastam Gred W41 Siri 2/2024 di Akademi KDRM di Bukit Baru, di
sini, semalam.Pendaftaran GST boleh dibuat melalui atas talian dan tempoh sah berbuat demikian berakhir jam 12 tengah malam tadi.
Meskipun
tempoh dilanjutkan bagi syarikat atau perniagaan di tiga negeri
berkenaan, Khazali berkata, syarikat di negeri lain perlu mematuhi
tempoh yang ditetapkan yang berakhir tengah malam tadi.
“Bagi
negeri lain, mereka yang gagal mendaftar sehingga hari ini (semalam)
boleh dikenakan tindakan undang-undang yang boleh membawa kepada denda
RM30,000 atau dipenjara selama dua tahun atau kedua-dua sekali,”
katanya.
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment