Putera Raja Di Dakwa Melakukan Hubungan Terlarang Dengan Gadis Bawah Umur

Florida: Adik Putera Charles, Putera Andrew, 54, menafikan dakwaan dia mengadakan hubungan seks dengan remaja bawah umur dalam sebuah parti liar ketika gadis itu dipaksa menjadi hamba seks, beberapa tahun lalu.

Ini berikutan seorang wanita yang mendakwa dia pernah dipaksa mengadakan seks dengan putera berkenaan di beberapa parti liar di London, New York dan kepulauan Caribbean.

Andrew dan Istana Buckingham semalam mengeluarkan kenyataan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.“Dakwaan terhadap Putera Andrew berkaitan dengan prosiding sivil yang sudah lama berlangsung di Amerika Syarikat (AS) yang tidak langsung membabitkannya. Sehubungan itu pihak kami tidak akan mengulas isu berkenaan.

“Bagaimanapun, untuk mengelak kesangsian, kami ingin menegaskan bahawa sebarang cadangan terdapat hubungan sumbang antaranya dengan gadis bawah umur adalah tidak benar,” kata Istana dalam satu kenyataan.


About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment