JALAN Thambypillai, Brickfields, Kuala Lumpur menterjemahkan betapa negara ini mempunyai kemajmukan bangsa selain mengiktiraf hak kaum lain selain orang Melayu. Ia turut menyingkap sejarah keterbukaan sistem Jus Soli pada tahun 1945 di bawah Malayan Union.
Perlaksanaan pada tahun berikutnya telah membuka laluan masuk hampir sejuta kaum asing terutama Cina dan India. Sistem yang diperkenalkan di Jerman pada peringkat awalnya diaplikasikan di Tanah Melayu sebagai syarat mendapatkan kemerdekaan yang termeterai pada Ogos 1957.
Itu adalah fakta sejarah yang menyumbang kepada kewujudan Jalan Thambypillai. Namun, jalan yang terletak di tengah-tengah ibu kota dan sekelilingnya dimonopoli hutan bata itu menyimpan kisah tersendiri apabila ia menjadi pusat pelacuran tertua dan gejala sumbang.
Lorong yang berlangitkan nafsu dan berlopakan dosa itu tidak hanya menjadi tumpuan satu kelompok usia sahaja, sebaliknya ia turut ditagih oleh golongan remaja. Fenomena itu dilihat sebagai satu kudis yang kian parah jika tidak dirawat.
Pelacur
Sekali imbas, memang agak sukar untuk mengesan sebarang aktiviti tidak sihat di lorong hitam ini. Namun itu adalah fakta kedua Jalan Thambypillai yang turut dihurung pelacur warga asing untuk mencari rezeki.
Malam itu, kelihatan beberapa kumpulan remaja sedang asyik berbual sambil ekor mata mereka memerhati pelacur-pelacur yang berlegar-legar di kawasan itu. Asap rokok turut tidak lekang di mulut mereka sambil merangkul erat tubuh rakan perempuan masing-masing. Penulis yang membuat tinjauan di kawasan tersebut cuba mendekati seorang remaja lelaki selepas mengetahui dia merupakan antara pengunjung bawah umur dan kerap hadir di lorong itu. Pemuda berkulit cerah itu sedia menerima pelawaan untuk minum bersama penulis.
Dia yang menyarung baju T berwarna hitam bercetak gambar kumpulan rock legenda tempatan dan berseluar jean pendek rona biru membahasakan diri sebagai Fitri. Fitri, 16, turut memperkenalkan seorang lagi rakan lelaki yang juga teman sekelasnya.
RUMAH merah di Jalan Thambypillai menjadi sarang kepada remaja memuaskan nafsu mereka.Menurut Fitri, dia sering berkunjung ke lorong itu jika rasa tertekan ekoran terbeban dengan lambakan kerja rumah dan latih tubi yang diberikan guru sekolah. Hatinya hanya tenang selepas menikmati gelagat kupu-kupu malam beraksi berahi sambil mencari pelanggan.
“Saya mula berjinak-jinak dengan aktiviti pelacuran ini selepas dibawa oleh jiran sejak tiga tahun lalu. Ketika itu saya baru tingkatan satu dan saya gemar bergaul dengan orang yang lebih dewasa.
“Mereka memang mahir dengan selok-belok aktiviti ini selain kerap berkunjung di beberapa kawasan yang menawarkan aktiviti seks termasuk di Jalan Chow Kit dan lorong-lorong sunyi di Bukit Bintang, Kuala Lumpur,”jelasnya.
Menurut Fitri, pada umur yang masih muda, dia mula menjejakkan kaki ke kelab malam dan merokok. Dia mengakui gaya hidup sebegitu memberi ketenangan kepadanya. Ekoran gemar menghabiskan masa hingga lewat malam, dia sering ponteng sekolah akibat terlewat bangun. Ketika remaja lain sibuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan sekolah pada waktu malam, lain pula ceritanya dengan Fitri. Sekitar pukul 9 malam, Fitri dan rakannya sudah bersidai di Jalan Thambypillai sehingga awal pagi.
Ketika membuat tinjauan, mata penulis turut tertumpu pada satu pintu masuk yang menggunakan daun harmonika, namun di dalamnya diterangi pancaran cahaya berwarna merah. Bagi pengunjung tetap, ruang berkenaan merupakan syurga dengan layanan kelas pertama pelacur warga asing.
Menyembunyikan
Bagi memastikan segala kegiatan mereka berjalan lancar, ada dua lelaki yang ditugaskan berkawal di pintu masuk dan di dalam ruang itu.Ruangan yang dipanggil ‘rumah merah’ itu turut memenuhi Jalan Thambypillai sepanjang 300 meter itu. Perniagaan haram tersebut ibarat mendapat permit sah selain menjadi lokasi tumpuan para remaja.
Fitri memberitahu, dia berjaya menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuan ibu bapanya dengan alasan ke pusat tuisyen selain mempunyai perbincangan berkumpulan di rumah rakan.“Mereka tidak banyak soal. Mereka juga jarang bertanya mahupun menghubungi saya jika pulang lewat ke rumah.
“Lagipun, saya bawa persalinan lain di dalam beg sandang. Selepas bergembira di lorong itu, saya akan tukar semula baju di tandas di stesen minyak berdekatan sebelum pulang ke rumah,” katanya yang berharap tiga adiknya tidak mengikut jejak langkahnya itu.FITRI banyak menghabiskan masanya ke kelab malam akibat terpengaruh dengan ajakan teman. – Gambar hiasan
Paling mengejutkan apabila dia mengaku turut terjebak dalam aktiviti pelacuran itu dan melanggan seorang pelacur Indonesia pada harga serendah RM10.“Mungkin nasib menyebelahi saya pada hari tersebut apabila seorang pelacur Indonesia menawarkan RM10 bagi menikmati tubuhnya.
“Kebiasaan, khidmat pelacur ditawarkan pada harga RM30 dan kami mampu membayarnya. Mereka tidak kisah dengan umur, janji ada pelanggan untuk berseronok.“Mereka gembira dapat duit, kami pula senang hati dapat puaskan nafsu. Adakalanya disebabkan terlalu ketagihan, saya akan berjimat duit belanja RM5 sehari yang diberikan ibu bapa saya demi melanggan ‘ayam’,” ujarnya sambil memberitahu dia ketagihan seks selepas menonton video lucah bersama rakan.
Jalan Thambypillai yang sugul pada waktu siang berubah wajah menjelang malam. Perkhidmatan seks mendominasi perniagaan lain di lorong itu dan turut berkembang dek menampung permintaan pelanggan.Di lorong itu, kedengaran bapa ayam merayu-rayu pelanggan supaya melanggan pelacur-pelacur di bawah seliaannya. Sementara itu, rakan Fitri yang hanya ingin dikenali sebagai Nick, 16, berkata, kehadiran mereka bukanlah sesuatu yang pelik. Bahkan, golongan dewasa menerima kunjungan mereka sebagai ‘tetamu’ di lorong itu.
“Apa nak hairan, mereka yang datang ke sini pun kerana dahagakan seks. Golongan itu tidak akan memberi nasihat kerana mereka sendiri pun terjebak dalam perbuatan haram ini.“Ada juga warga emas yang sudah beruban datang menempah pelacur. Kalau pelanggan yang kaya, mereka hanya singgah untuk mengambil seorang wanita masuk ke dalam kereta dan terus beredar,” katanya menggambarkan khidmat yang ditawarkan bak memesan makanan di restoran makanan segera secara pandu lalu.
Nick memberitahu, dia turut mengikat perut untuk mengumpul duit bagi melacur ‘ayam’. Malah dia sanggup berjudi di sebuah pusat perjudian yang menjalankan operasi secara rahsia di sebalik sebuah kedai makan yang terletak di jalan sama.DENGAN bayaran serendah RM10, remaja boleh mendapatkan khidmat seks daripada pelacur warga asing.
Penulis turut menghampiri seorang bapa ayam yang mengusahakan perniagaan pelacuran melibatkan wanita warga asing.Lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Richard, 50, berkata, sejak setahun lalu, kawasan ini kerap dikunjungi remaja sekolah.“Jumlah itu dilihat semakin bertambah ekoran tiada tindakan daripada pihak berkuasa. Serbuan jarang dilakukan dan tahun ini hanya dua kali kawasan ini digempur polis.
“Selalunya, mereka hanya membuat rondaan bagi mencegah jenayah ringan seperti meleraikan kes pergaduhan dan ragut,” katanya.Richard memberitahu, kebanyakan pelanggan bawah umur itu ketagihan seks angkara mereka sering mengakses laman web lucah dengan mudah. Malah ada antara mereka yang menonton video porno ketika melacur ‘ayam’ bagi mendapatkan kepuasan yang maksimum.
“Akibat ketagihan, akan timbul rasa ingin mencuba dan mempraktiskan aksi ditonton.“Lama-kelamaan, ia menjadi kebiasaan dan mereka tidak kisah bercumbuan secara terang-terangan,” kata lelaki setengah abad itu sambil memberitahu penulis pelacur dari negara gajah putih baru saja tiba
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment