Pasangan Bercinta Buat Maksiat Dalam Hotel Terima Padah

INILAH yang dikatakan “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.”Gara-gara tidak mahu dicekup berkhalwat bersama seorang wanita, seorang lelaki tegar untuk melompat dari tingkat satu di sebuah hotel di Pulau Pinang.Malangnya, kebodohan tidak bertempat itu menyebabkan lelaki, 26 tahun ini cedera di kaki dan kepala.

Pemeriksaan yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira pukul 5.20 pagi itu mendapati lelaki berkenaan merupakan seorang pejawat awam.Menurut Ketua Bahagian Unit Operasi JHEAIPP Khairul Azman Azizan berkata, beberapa pegawainya yang melakukan pemeriksaan cuba menghalang lelaki tersebut sebelum menyedari tindakannya.

“Namun lelaki yang panik selepas menyedari kehadiran kami itu terus memanjat tingkap bilik hotel sebelum terjun ke atas khemah.“Tindakan itu hanya mengundang padah apabila dia tergelincir sebelum terjatuh,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, seramai 44 individu berusia 17 hingga 50 tahun ditahan dalam Operasi Cegah Maksiat sempena Sambutan Tahun Baru 2015 itu.Kesemua mereka disyaki melakukan perbuatan maksiat dan berkhalwat.

Pada masa itu, operasi yang dijalankan dari pukul 1 hingga 6.30 pagi itu turut menahan wanita berusia 50 tahun yang merupakan isteri orang bersama pasangan berusia 45 tahun.- MYNEWSHUB.CC

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment