Gambar-gambar lain yang turut tergantung di dinding habis rosak, manakala gambar Nik Aziz dikatakan tidak terlekat sebarang selut langsung.Nik Aziz mungkin tak tahu menahu tentang ‘magik’ gambarnya telah disensasikan, tetapi begitulah ‘keramatnya’ beliau di mata sebilangan pengikut.
Pendakwah yang juga Exco Pemuda UMNO, Ustaz Fathul Bari menegur sikap fanatik melampau pihak terbabit secara tak langsung menerusi pertanyaan menerusi akaun Twitternya berbunyi:“Takkanlah sekeping gambar yang tak terkena selut ketika banjir lebih mulia dari kitab-kitab suci al-Quran dan masjid-masjid yang terkena selut? Astaghfirullah.”
Mengapalah berita tentang sekeping gambar tak terkena selut seperti ini hendak disensasikan, sedangkan ada perkara lebih penting untuk diuar-uarkan dan diambil pengajaran daripada musibah banjir yang kian teruk melanda Kelantan tahun ini?
Jika pemikiran terus ditumpukan pada perkara seperti ini berbanding hal lain yang lebih afdal dan penting, maka kehidupan pasca banjir pasti kekal sama atau mungkin lebih teruk di tahun mendatang. Fikir-fikirkanlah. -MYNEWSHUB.CC
0 comments :
Post a Comment