Innalilah Fairul Sampai Ajal Ketika Perjalanan Untuk Membantu Mangsa Banjir Di Kelantan

Selayang: Berbekal sebatang mop, berus dan sarung tangan, dua sahabat memahat niat membantu mangsa banjir membersihkan rumah mereka di Kelantan dengan menaiki skuter dari Gombak.

Dalam hujan renyai-renyai Sabtu lalu, Amirul Shazrie Azhar Shah, 19, yang menunggang bertolak bersama rakan baiknya, Fajrul Iman Mohamad, 19, kira-kira jam 4 pagi.

Sebaik tiba di Kemaman pada jam 8.30 pagi, skuter yang mereka naiki terbabit dengan kemalangan menyebabkan Fajrul yang membonceng terkorban.

"Saya terkilan kerana hajat membantu mangsa banjir di Kelantan tidak kesampaian, tetapi saya yakin Allah SWT pastinya menempatkan Fajrul di syurga kerana dia pergi dalam keadaan mahu melakukan amal kebajikan," kata Amirul.

Anak yatim piatu itu yang baru saja keluar dari Hospital Selayang lewat petang semalam juga yakin ada hikmah di sebalik kemalangan yang meragut nyawa Fajrul ketika mereka berdua dalam perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu dengan menaiki skuter.





About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment