Washington: Seorang lelaki memenggal ibunya dengan kapak sehari sebelum tahun baru kerana bosan sering dileter oleh mangsa.Christian Jose Gomez, 23, ditangkap dan dituduh membunuh dengan niat selepas mengaku membunuh ibunya, Maria Suarez-Cassagne.
Polis di bandar Oldsmar dikejarkan ke rumah wanita berkenaan selepas menerima laporan mengenai kejadian itu.Selepas memenggal ibunya, Gomez mencampakkan mayat mangsa di tong sampah berhampiran kediaman mereka sebelum melarikan diri dengan basikal.
ia bagaimanapun berjaya ditangkap tidak jauh dari tempat kejadian.“Dia hanya membiarkan mayat terlantar di sebelah tong sampah dan kembali ke rumah itu untuk cuba membersihkan tempat kejadian.
“Apabila menyedari dia tidak mampu membersihkan kawasan itu, dia melarikan diri,” kata syerif Pinellas County Bob Gulatieri.Pihak berkuasa tempatan berkata, Gomez tidak siuman.
Gualtieri memberitahu wartawan, lelaki itu membunuh ibunya kerana berang selepas mangsa meminta dia menyusun kotak di loteng rumah mereka.“Kerana marah, dia merancang pembunuhan itu selama dua hari,” kata Gualtieri.Polis menemui kapal yang digunakan dalam kejadian itu di tempat kejadian.
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments :
Post a Comment