Pennsylvania - Seorang lelaki dituduh
menembak mati anak tirinya dan kemudiannya merogol mayat anak tirinya
itu sambil merakamkan perbuatan keji itu. Video rakaman perbuatan keji
itu kemudiannya disimpan di komputer peribadi miliknya.
Gregory
Graf boleh digelar manusia yang paling hina atas perbuatan dia itu.
Selepas dia melakukan perbuatan terkutuk itu, mayat anak tirinya bernama
Jessica Padgett, 33 Tahun telah disorok dibelakang rumahnya dan hanya
dijumpai 5 hari selepas kejadian yang terkutuk itu.
Padgett,
33, kali terakhir dilihat pada Nov 21, apabila dia keluar dari tempat
kerjanya di sebuah pusat jagaan harian. Dia dipercayai ditembak hanya
dalam masa 10 minit selepas meninggalkan pusat berkenaan dan mayatnya
hanya ditemui lima hari selepas kehilangannya.
Graf
ditahan lima hari kemudian selepas polis menemui mayatnya dikebumikan
di belakang sebuah bangsal di hartanah yang mana beliau tinggal bersama
ibu Padgett itu.
Graf,
53, ditahan oleh pihak Polis tanpa ikat jamin atas tuduhan melakukan
pembunuhan. Pemilik syarikat pagar mengaku membunuh Padgett, seorang ibu
yang mempunyai 3 orang anak.
sumber:http://pejamkelip.blogspot.com
facebook
twitter
google+
fb share
About
Unknown
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
0 comments :
Post a Comment