Luahan Hati Gadis Yang Sangat Kecewa Terhadap Ibu Dan Bapanya

Kekasih saya berumur 26 tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap, sebaliknya bekerja sendiri dengan ahli keluarga.Saya lepasan universiti dan kini menjadi tenaga pengajar kolej swasta di ibu negara. Sebenarnya, kekasih saya adalah rakan sekolah paling akrab.

Masing-masing selesa dan faham kekurangan diri. Jadi kami memutuskan untuk menjadi pasangan ketika saya memasuki universiti. Cuma yang kurang senang ibu bapa beranggapan kekasih saya akan mengambil kesempatan berikutan kerjaya saya lebih stabil. 


Hakikatnya, kekasih saya tidak pernah menggunakan duit saya walau sesen pun. Malah, dia menasihati saya supaya berjimat cermat untuk kesenangan diri kelak. Saya sedar kehidupan bukan mudah jika berkahwin dengannya.

Namun, saya percaya dia mampu bertanggungjawab apabila kami berkahwin nanti. Bagaimana caranya saya dapat meyakinkan ibu bapa mengenai kemampuannya menyara saya apabila kami berkahwin kelak?

DARINA

Subang Jaya, Selangor

Saudari mempunyai ibu bapa yang baik. Mereka cuma mahukan yang terbaik, namun kadangkala membuatkan permintaan mereka menjadi impian besar sehingga mewujudkan tekanan kepada hubungan saudari dan kekasih.

Mungkin bimbang dengan jurang ekonomi mahupun pendidikan antara saudari dan kekasih menyebabkan mereka tidak merestui hubungan itu. Dalam soal ini, bersabar dan guna diplomasi mendapatkan restu orang tua.

Mereka tidak mengenali, apatah lagi berkenalan secara langsung dengan kekasih. Tentu mereka tidak arif dengan hati budi kekasih. Sama ada kekasih boleh diharap, hanya saudari tahu kerana selama ini saudari lebih banyak meluangkan masa dengan kekasih.

Sebaliknya, orang tua saudari hanya boleh menilai menerusi zahir mahupun latar belakangnya. Langkah terbaik ialah cuba rapatkan atau dekatkan hubungan kekasih dengan keluarga.

Saudari perlu bijak memainkan peranan sebagai orang tengah yang menjadi penyambung kedua-dua pihak. Jangan terlalu mendesak ibu bapa menerima, sebaliknya berusaha mencari persamaan atau kelebihan kekasih yang mungkin dapat menarik perhatian ibu bapa untuk menghargai kehadirannya.

Dengan ini, ibu bapa lebih memahami dan dapat melihat ciri menarik dimiliki pasangan, sekali gus merestui hubungan terbabit.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment