Abang Ku Curang!!!


gambar hiasan
Abang saya berusia 30-an dan seorang yang panas baran, malah jika marah cepat naik tangan. Solat pun diabaikannya. Perangainya mula berubah sejak dia berkenalan dengan seorang wanita berusia 40-an, berstatus isteri orang yang sudah mempunyai anak remaja.

Malah, abang saya sudah mula tidak pulang ke rumah berhari-hari lamanya. Ada kalanya dia keluar tengah malam selepas anak tidur dan pulang sebelum anak bangun. Dia juga sering memukul, mencekik, malah menghantuk kepala isterinya iaitu kakak ipar saya ke dinding dan tidur berasingan. Dia marah dan pukul kakak ipar saya yang selalu masuk campur halnya dengan wanita terbabit. Kini sudah tiada lagi kemesraan antara anak, ibu bapa dan adik beradiknya. Perkara itu berlarutan sehingga setahun. 

Kakak ipar saya pula merujuk perkara berkenaan di pejabat agama dan mengajak abang saya mendapatkan kaunseling, tetapi tidak diendahkannya. Macam-macam usaha dilakukan kakak ipar dan keluarga saya, tetapi tidak berhasil.Saya juga diberitahu seorang kawannya yang dia mengaku pernah menemankan abang saya itu untuk berjumpa dan tidur dengan wanita terbabit.Bagi menjernihkan keadaan, saya juga berjumpa dengan suami wanita terbabit dan memberitahu perkara sebenar dengan harapan suaminya dapat mengambil tindakan, namun hampa. 

Saya ada mencuba cara kampung kerana abang saya dikatakan terkena guna-guna wanita terbabit, namun hampa. Saya sekeluarga juga selalu bersolat hajat meminta pertolongan daripada Allah. Saya perlukan bantuan Dr untuk menunjukkan jalan penyelesaian. 

Ema 
Selangor 


Penyelesaian terbaik ialah abang kembali taat kepada tuntutan ajaran Islam dalam soal berkeluarga dan bertanggungjawab sebagai suami. Begitu juga dengan pihak lain. Memang sudah banyak usaha yang sudah dilakukan sama ada oleh anda mahupun kakak ipar dalam memperbaiki keadaan dan semuanya tidak berhasil setakat ini. 

Bagaimanapun, doa dan solat hajat perlu diteruskan agar abang sendiri insaf dan kembali taat kepada ajaran Islam. Seterusnya kakak ipar boleh mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan fasakh perkahwinan sekiranya perangai dan tindakan abang sendiri masih berterusan begitu. 

Keganasan rumah tangga juga boleh dilaporkan kepada polis untuk diambil tindakan. Ini penting agar penderaan tidak berlaku berterusan.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment