Pencuri dicekup mati mulut berbuih

SERIAN – Hajat seorang penjenayah yang cuba melarikan sebuah lori 12 tan tidak kesampaian apabila dia diberkas sebelum tiba-tiba mati dipercayai akibat terminum air sungai bercampur racun rumpai di Kampung Samada di sini semalam.Ketika ditangkap penduduk kampung pada pukul 1 petang, suspek yang berusia 30-an dan tiada pengenalan diri kelihatan lemah dengan mulutnya berbuih.

Lori tersebut dikatakan cuba disamun suspek itu selepas pemandunya berhenti di tepi jalan selepas ternampak sebuah kereta Proton Saga yang dipandu penjenayah itu terbabas di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, tanpa disangka pemandu kereta yang hendak dibantu itu bertindak cuba melarikan lori tersebut namun cubaan suspek itu gagal selepas dia ditangkap penduduk kampung. 

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Mohd. Jamali Umi berkata, polis yang tiba di tempat kejadian kemudian mendapati suspek itu sudah pengsan sebelum mati di tempat kejadian.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment