gambar hiasan
KUALA SELANGOR: Mayat seorang wanita separuh bogel yang hampir reput, ditemui tersangkut pada batu di bawah jambatan di Sungai Tambahan, di sini, Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Mohd Taib Ahmad berkata polis menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.15 petang berhubung kejadian itu pada hari yang sama.Menurutnya, ketika ditemui keadaan mayat berkenaan sudah mula reput dengan rambut dan kulit tangan tertanggal menyebabkan polis sukar mengambil kesan cap jari.“Ketika diperiksa tiada sebarang dokumen pengenalan ditemui pada mangsa.
Namun, kita percaya mangsa warga tempatan berdasarkan suntikan BCG pada bahunya,” katanya di sini, semalam. Mohd Taib berkata, mangsa dijumpai dalam keadaan tidak berseluar tetapi memakai dua kemeja-T iaitu sehelai bergambar Koko Crunch manakala sehelai lagi mempunyai tulisan Nine Of Rock.
Katanya, mangsa bertubuh kecil dengan ketinggian 152 sentimeter, kedua-dua telinga bertindik, tahi lalat di atas batang hidung serta gigi atas tengah yang baru dicabut kira-kira dua hingga tiga bulan lalu.Mohd Taib berkata, polis tidak dapat mengenal pasti punca kematian mangsa.
0 comments :
Post a Comment