Noraniza Idris dihukum penjara 80 hari


SHAH ALAM 4 Okt. – Seorang bekas pegawai akaun, Noraniza Idris dihukum penjara 80 hari dan diperintah membayar pampasan RM40,000 kepada bekas majikannya oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah melakukan pecah amanah antara Julai dan September tahun lalu.

Noraniza, 25, yang hamil tiga bulan mengaku menyalahgunakan wang RM60,651 milik syarikat perkhidmatan penghantaran logistik, syarikat East West Freight Services Sdn. Bhd. antara 29 Julai dan 7 September tahun lalu di syarikat berkenaan di Pelabuhan Klang.
Tertuduh dilihat menangis teresak-esak apabila Hakim Mat Ghani Abdullah menjelaskan berulang kali tentang hukuman penjara lapan bulan jika dia gagal membayar pampasan tersebut dalam tempoh empat bulan iaitu sehingga 4 Februari tahun depan.

Noraniza Idris menutup muka ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor semalam.

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment