Hukum Buang Air Besar Dan Air Kecil Mengadap Kiblat

Pada hari ini kita sudah tidak mempunyai pilihan lain untuk membina rumah, selain membeli rumah yang sudah tersedia. Agak sukar sebenarnya berbanding jika kita mempunyai tanah lot sendiri untuk membina rumah impian mengikut plan sendiri. Timbul satu persoalan, kita adalah dilarang untuk membuang hajat dengan menghadap kiblat. Maka bagaimanakah jika tandas yang tersedia di bina itu menghadap kiblat. 

Ikuti ulasan di bawah ini. Soalan: Sewaktu membeli rumah saya tidak perasan tandasnya menghadap kiblat. Ada yang kata, walaupun tandas menghadap kiblat, tetapi jika ia berdinding, maka tidak mengapa. Benarkah pendapat itu? Mohon penjelasan daripada ustaz. Raziyah, Ipoh, Perak. Jawapan: Ya, benar. Rasulullah memang melarang membuang hajat dengan menghadap kiblat, tetapi larangan ini adalah untuk tempat yang terbuka. Jika terdapat halangan seperti dinding atau pintu, maka ia tidak dilarang.

 Dalilnya ialah hadis berikut: Marwan al-Ashfar berkata: Saya pernah melihat Ibn Umar (yakni seorang sahabat Nabi) menderumkan untanya menghadap kiblat, lalu dia duduk dan membuang air kecil dalam keadaan menghadapnya. Lalu saya bertanya: “Wahai Abu Abdurrahman (gelaran untuk Ibn Umar), bukankah hal ini telah dilarang?” Dia menjawab: “Benar, akan tetapi hal itu dilarang jika dilakukan di tempat terbuka. Apabila antara dirimu dan kiblat ada sesuatu yang menutupimu, maka itu tidaklah mengapa.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 11].

Jadi jelaslah bahawa larangan ini bukan ditujukan kepada tandas yang mempunyai dinding, akan tetapi larangan ini ditujukan kepada yang membuang hajat secara terbuka. Semoga artikel ini dapat memberikan panduan kepada semua orang. Sumber: Melayukini.net 

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment