Budak Yang Gemar Makan Ubat Nyamuk


Macam pelik, tetapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif. Kanak-kanak ini gemar memakan racun nyamuk. Selera pelik ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus racun nyamuk.

Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah, ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.

Adit mula gemar memakan racun nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati racun nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan racun nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan racun nyamuk.

Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil. Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan racun nyamuk dari rumah jiran mereka.“Biasanya kalau tidak menemukan racun nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.

“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap racun nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya.Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko, Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.

Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka-malaysiasensasi.net

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment