KUALA LUMPUR – Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu perumpamaan sesuai untuk menggambarkan tindakan seorang bapa kandung yang mencabul dan cuba merogol anak perempuan tunggalnya yang tinggal bersamanya sejak kematian isterinya sebelum melarikan wang tunai bernilai RM1,000 yang disimpan mangsa untuk perbelanjaan perkahwinan dalam kejadian di Pantai Dalam, semalam.
Mangsa berusia 19 tahun yang bekerja di sebuah pusat beli-belah dibawa pulang dari kerja oleh bapanya itu kira-kira jam 3 petang.Ketika itu, bapa mangsa yang berusia 50-an tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik kepada mangsa dan mereka berdua makan di rumah seperti biasa.
Sumber polis berkata, selepas menonton televisyen berdua, mangsa masuk ke biliknya untuk tidur manakala bapa mangsa pula tidur di ruang tamu rumah namun kira-kira jam 4 pagi, mangsa tersedar dari tidur selepas merasakan pahanya diraba.
“Mangsa yang ketakutan menjerit memanggil bapanya namun dia terkejut selepas nampak individu yang merabanya itu adalah bapanya sendiri,” katanya.
0 comments :
Post a Comment