Kalamullah
Kemudian sesiapa yang menerima surat amalanya dengan tangan kanannya.Maka ia akandihisab dengan mudah dan ringan.Dan ia akan pergi kepada keluarganya(yang beriman)dengan sukacita
(Al-insyiqaq:7-9)
Huraian:
Dua malaikat sentiasa mencatat amalan yang dilakukan oleh setiap insan dalam kehidupan seharian Ia nanti akan menjadi bahan bukti ketika perhitungan dan pengadilan pada hari kiamat.Segala rekod dan catatan tersebut yang berupa amalan baik dan buruk akan diserahkan kepada Allah S.W. T
Bentuk penerimaan buku laporan amalan seseorang adalah gambaran awal bagaimana nasibatau keadaan yang bakal dilalui seterusnya.Orang yang beriman dan beramal soleh akan menerima buku laporan amalannya melalui tangan kanan dan akan dimasukkan ke syurga bersama kaum keluarga mereka yang beriman
Kesimpulan:
Allah S.W.T bersifat Maha Adil menghitung segala amalan manusia yang dilakukan di dunia tidak mengira harta,pangkat dan kedudukan.Mereka yang pulang dengan ketaqwaan adalah membawa sebaik-baik amalan
1,jika anda suka artikel ini sila klik like
2.jika anda rasa artikel ini dapat memberi manfaat sila sharekan
0 comments :
Post a Comment